Pengumuman

SENARAI BILIK KULIAH PROG.IJZH SARJ. MUDA ( 4 OKT. & 5 OKT. 2014) SEM. I SESI 2014/2015 - K.L


2/10/2014 Daripada: furizan
Adalah dimaklumkan, sila semak Senarai Bilik Kuliah Ijazah Sarjana Muda Sem.1 Sesi 2014/2015 bagi Pusat K.L diruangan MUAT TURUN (JADUAL KULIAH) atau :

KLIK DISINI (kemaskini : 2/10/2014)- 1.30 pm
PETA LOKASI PUSAT PEMBELAJARAN UTMSPACE (PPSM) - KL

PETA LOKASI KOLEJ GEOMATIKA,SETIAWANGSA

Kuliah bagi Program Diploma akan diadakan di :
i)   UTM KL, Jln Semarak
ii)  Bangunan UTMSPACE,Jln Semarak
iii) Kolej Multimedia, Jln Semarak
iv) Kolej Geomatika,Setiawangsa

PERHATIAN:
- Mahasiswa DIWAJIBKAN memakai KAD MATRIK dan melekatkan PELEKAT KENDERAAN UTM bagi meletak kenderaan di kawasan UTMKL,Jln Semarak dan PELEKAT KENDERAAN UTMSPACE bagi meletak kenderaan di kawasan Bangunan UTMSPACE,Jln Tun Razak. Mahasiswa yang gagal mengikut arahan dan peraturan tersebut TIDAK DIBENARKAN masuk.

PEMBATALAN KULIAH SCSI1013/ SCI1013 (FC) - PUSAT KL


2/10/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan bahawa kuliah bagi kursus SCSI1013/ SCI1013 - STRUKTUR DISKRIT (FC) pada tarikh 4 Oktober 2014 (Sabtu) pusat pembelajaran Kuala Lumpur adalah DIBATALKAN. Maklumat kursus adalah seperti berikut :

Kuliah Batal
Kursus : SCSI1013/ SCI1013 - STRUKTUR DISKRIT (FC)
Tarikh   : 4 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa    : 2.00 ptg - 10.00 mlm
Nama Pensyarah : Dr. Nor Azizah Ali


Kuliah Gantian :
 Akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-53 UTM


2/10/2014 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Ke-53, Universiti Teknologi Malaysia akan berlangsung pada 1 - 4 November 2014.

Untuk makluman kepada semua graduan, surat jemputan kepada semua graduan telah mula diedarkan pada 1 Oktober 2014 secara berperingkat oleh Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia.

Sila klik  untuk maklumat SENARAI GRADUAN dan JADUAL SESI PENGANUGERAHAN (akan dipaparkan kemudian) sempena Majlis Konvokesyen ke-53 UTM yang perlu diambil perhatian oleh semua graduan. Atau layari : http://web.utm.my/convocation/ untuk maklumat konvokesyen.

Sekian, harap maklum.

PERMOHONAN PEPERIKSAAN KHAS - SEM.III SESI 2013/2014


2/10/2014 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa bagi program Ijazah Sarjana Muda, sila semak Permohonan Peperiksaan Khas bagi Semester III, Sesi 2013/2014.

SENARAI PERMOHONAN PEPERIKSAAN KHAS,
SEMESTER III, SESI 2013/2014


Status permohonan akan di maklumkan selepas 21 Oktober 2014.

Sekian, harap maklum.

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015 - PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR BAHRU


30/9/2014 Daripada: farid
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa Program Diploma bagi Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Peperiksaan Akhir Program Diploma akan bermula pada 29 September - 19 Oktober 2014. Sehubungan dengan itu, mahasiswa boleh melihat jadual tersebut diruangan Peperiksaan atau sila klik link dibawah :

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEM I SESI 2014/2015 BAGI PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR BAHRU

Sebarang permasalahan mengenai Peperiksaan Akhir Program Diploma boleh menghubungi Pn. Norulhuda binti Zakaria (Eksekutif Kanan SPA) ditalian 07 - 521 8155 atau En. Muhammad Farid bin Hairuzaman (Kerani SPA) ditalian 07 - 521 8139.

Sekian, terima kasih

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015 - MUKTAMAD 3


30/9/2014 Daripada: farid
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa Program Diploma (semua Program PPD), Peperiksaan Akhir Program Diploma akan bermula pada 29 September - 19 Oktober 2014. Sehubungan dengan itu, mahasiswa boleh melihat jadual tersebut diruangan Peperiksaan atau sila klik link dibawah :

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015 - MUKTAMAD 3


Perhatian kepada mahasiswa yang mendaftar kursus DDS3022 - Matematik V  dan DDK3623 - Elektrik Kuasa, terdapat perubahan tarikh dan masa bagi kursus tersebut. Perubahan tersebut boleh disemak di ruangan Peperiksaan atau klik link yang telah disediakan.

Sebarang permasalahan mengenai peperiksaan boleh menghubungi En. Amar Adli / En. Sabri di talian 03-27722500 bagi Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur dan En. Muhammad Farid di talian 07-5212000 bagi Pusat Pembelajaran Johor Bahru.

Sekian.

ADUAN & MAKLUM BALAS MELALUI SMS


29/9/2014 Daripada: zaini

PEMBATALAN PENAWARAN KURSUS SEM.I SESI 2014/2015 - PROG. SARJANA MUDA


29/9/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan kepada mahasiswa Program Sarjana Muda, berikut adalah senarai penawaran kursus semester I sesi 2014/2015 yang DIBATALKAN :

KLIK DISINI

Sekian, harap maklum.

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROG. DIPLOMA SEM 1,SESI 14/15 MENGIKUT KOD KURSUS DAN TEMPAT - PUSAT KL


26/9/2014 Daripada: furizan
Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar Program Diploma - Semester I Sesi 2014/2015. Sila rujuk diruangan muat turun PEPERIKSAAN atau klik dibawah :

JADUAL PEPERIKSAAN  (Program Diploma) :kemaskini 26/9/2014(3.00 PM)

PENTING :
i ). Pelajar mesti membawa SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN kedalam bilik peperiksaan, kepada pelajar yang tiada slip tersebut,tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan. Dingatkan, pelajar perlu menjelaskan Yuran Pengajian, supaya dapat mencetak Slip Peperiksaan tersebut.
ii). Pelajar perlu memastikan kedudukan no meja yang telah ditetapkan, sebelum memasuki Bilik Peperiksaan.

Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang masalah sila  berhubung terus dengan (03-27722500 / 2558 / 2561) pusat Kuala Lumpur sahaja.

SIJIL KEPUJIAN DEKAN SEMESTER II, SESI 2013/2014


25/9/2014 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa yang mendapat PNGK 3.50 dan ke atas pada Semester II, Sesi 2013/2014, Sijil Kepujian Dekan bagi mahasiswa yang layak telah pun mula diposkan pada 25 September 2014 (mahasiswa selain JB dan KL).

Kepada mahasiswa pusat pembelajaran Johor Bahru, Sijil Kepujian Dekan boleh mula diambil di Kaunter UTMSPACE mulai 26 September hingga 25 Oktober 2013. Manakala bagi pusat pembelajaran Kuala Lumpur, Sila Kepujian Dekan boleh mula diambil di Kaunter UTMSPACE mulai 29 September 2014 hingga 2 Oktober 2014.

Sijil Kepujian Dekan bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam akan diberikan kemudian.

Sekian, harap maklum.

PEMBETULAN PERKARA PENTING MAHASISWA SEM.I SESI 2014/2015 - PROGRAM SARJANA MUDA


25/9/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan kepada mahasiswa Program Sarjana Muda, terdapat pembetulan bagi Perkara Penting Mahasiswa Semester I Sesi 2014/2015 iaitu tempoh pembayaran III bermula 10 November 2014 hingga 7 Disember 2014.

Sila rujuk Perkara Penting Semester I Sesi 2014/2015 (Sarjana Muda) di ruangan Menu Utama atau klik DISINI.

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAT PSM, LATIHAN ILMIAH DAN PRAKTIKUM - FM


24/9/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Pengurusan yang mendaftar kursus Projek Sarjana Muda, Latihan Ilmiah dan Praktikum, berikut adalah maklumat untuk kursus - kursus berkenaan :

1. Borang Perjumpaan Penyelia - PSM
2. Rangka Kursus SHD3812 - PSM (Cadangan)
3. Rangka Kursus SHD3824 - PSM (Akhir)
4. Garis Panduan Projek Sarjana Muda
5. Kandungan Taklimat PSM

SENARAI NAMA PENYELIA PROJEK SARJANA MUDA (CADANGAN)

Sekian, harap maklum.

PEMBATALAN KULIAH SEE4012 (FKE) - PUSAT KL


23/9/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan bahawa kuliah bagi kursus SEE4012 - Amalan Profesional Kejuruteraan (Fakulti Kejuruteraan Elektrik) pada tarikh 27 September 2014 (Sabtu) di pusat Kuala Lumpur adalah DIBATALKAN. Maklumat kursus adalah seperti di bawah :

Kursus : SEE4012 (Amalan Profesional Kejuruteraan)
Seksyen : 02
Pusat Pembalajaran : Kuala Lumpur
Pensyarah : Ir. Dr. Mokhtar bin Harun
Tarikh batal kuliah : 27 Sept 2014
Tarikh gantian : Akan dibincangkan dan dimaklumkan kemudian


Sekian, harap maklum.

ANUGERAH DEKAN DAN HADIAH UTMSPACE SEMPENA KONVOKESYEN KE-53 UTM


23/9/2014 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada Graduan Program Sarjana Muda dan Diploma, pihak UTMSPACE menyediakan Hadiah Khas (Kategori Veteran, Suami-Isteri, Golongan Istimewa & Adik-Beradik/Kembar) yang akan disampaikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE sempena Majlis Konvokesyen Ke-53 UTM.

Kepada Graduan Program Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian pada Semester II Sesi 2013/2014 manakala bagi Graduan Program Diploma yang telah menamatkan pengajian pada Semester II dan Semester III Sesi 2013/2014, sekiranya saudara tergolong dalam kategori ini tetapi nama tiada dalam senarai, sila maklumkan kepada pihak UTMSPACE (Seksyen Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) di talian 07-521 8139/ 5178 / shema@utmspace.edu.my selewat-lewatnya 30 September 2014. Senarai penerima adalah seperti berikut :

1) PENERIMA HADIAH KHAS UTMSPACE
2) PENERIMA HADIAH AKADEMIK UTMSPACE
3) PENERIMA ANUGERAH DEKAN 

Sekian, harap maklum..

MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PROGRAM DIPLOMA BAGI SEMESTER II, SESI 2014/2015


22/9/2014 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran kursus program Diploma bagi Semester II, Sesi 2014/2015 bermula dari 22 September 2014 hingga 19 Oktober 2014. Manakala pendaftaran kursus Berdenda adalah dari 20 Oktober 2014 hingga 2 November 2014. Pendaftaran kursus adalah secara 'online' di Sistem Maklumat Pelajar.

Kepada mahasiswa yang mempunyai tunggakan yuran melebihi RM 700.00 adalah dinasihatkan untuk menjelaskan tunggakan yang ada supaya tidak timbul masalah ketika hendak mendaftar kursus secara online.

Perhatian kepada semua mahasiswa yang ingin membuat permohonan pengecualian kredit, mahasiswa DINASIHATKAN membawa bersama salinan transkrip (telah disahkan) pada sesi khidmat nasihat yang akan diadakan pada :

PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA LUMPUR
TARIKH : 27 SEPTEMBER 2014 (SABTU)
MASA : 9.00 PG - 4.00 PTG (1.00 PTG – 2.00 PTG REHAT)
TEMPAT : BILIK KULIAH H106, UTM KL, JLN SEMARAK.


PERKARA PENTING
PROGRAM : DIPLOMA
SEM.II SESI 2014/2015


Sekian, harap maklum.

PERCETAKAN SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015


22/9/2014 Daripada: farid
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa Program Diploma, mahasiswa tidak digalakkan mencetak slip menduduki peperiksaan sebelum atau pada 24 September 2014 bagi mengelakkan sebarang perubahan tarikh dan masa peperiksaan.

Sebarang permasalahan mengenai peperiksaan boleh menghubungi En. Amar Adli / En. Sabri di talian 03-27722500 bagi Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur dan En. Muhammad Farid di talian 07-5212000 bagi Pusat Pembelajaran Johor Bahru.

Sekian, terima kasih.

BILIK KULIAH PROGRAM SPI SEM.I SESI 2014/2015 - PUSAT JB


21/9/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Tamadun Islam, mulai 26 September 2014 semua kuliah bagi program SPI di pusat Johor Bahru akan dijalankan di blok T07, Fakulti Tamadun Islam kecuali kursus SPM1012-Telekomunikasi & Rangkaian yang diadakan di Fakulti Pendidikan (Makmal Interaktif blok C14).

Sekian, harap maklum.

PERINGATAN BERKAITAN PEPERIKSAAN MUET


18/9/2014 Daripada: azizi
PERINGATAN kepada mahasiswa Program Sarjana Muda Separuh Masa, supaya mengambil peperiksaan MUET sebelum bergraduan khususnya kepada mahasiswa di tahun akhir pengajian. Berikut adalah pekeliling yang berkaitan :

PEKELILING MAHASISWA Bil.5/2012: PERINGATAN BERKAITAN MUET BAGI MAHASISWA PROGRAM SARJANA MUDA, PENGAJIAN SEPARUH MASA.

LAMAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (KLIK DISINI)

Kepada mahasiswa yang telah mengambil peperiksaan MUET, sila hantar salinan keputusan MUET ke pejabat UTMSPACE.

Sekian, harap maklum.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER : PROGRAM DIPLOMA - SEMESTER 1 2014/2015


18/9/2014 Daripada: zaini

EMSIS 2014 : Wacana Ilmu (Pusat Pembelajaran Johor Bahru)


18/9/2014 Daripada: zaini

PEMANSUHAN PEMBERIAN INSENTIF KEWANGAN PELAJAR / MAHASISWA CEMERLANG PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA


18/9/2014 Daripada: zaini

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA (DKK) SEMESTER I SESI 2014/2015 - MUKTAMAD


18/9/2014 Daripada: farid
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa Program Diploma (DKK), Peperiksaan Akhir Program Diploma akan bermula pada 29 September - 19 Oktober 2014. Sehubungan dengan itu, mahasiswa boleh melihat jadual tersebut diruangan Peperiksaan atau sila klik link dibawah :

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015 - DRAF PERTAMA.

Sebarang permasalahan mengenai peperiksaan boleh menghubungi En. Amar Adli / En. Sabri di talian 03-27722500 bagi Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur dan En. Muhammad Farid di talian 07-5212000 bagi Pusat Pembelajaran Johor Bahru.

Sekian.

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA (DPI) SEMESTER I SESI 2014/2015 - DRAF KEEMPAT


18/9/2014 Daripada: farid
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa Program Diploma (DPI), Peperiksaan Akhir Program Diploma akan bermula pada 29 September - 19 Oktober 2014. Sehubungan dengan itu, mahasiswa boleh melihat jadual tersebut diruangan Peperiksaan atau sila klik link dibawah :

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015 - DRAF KEEMPAT


Sebarang permasalahan mengenai peperiksaan boleh menghubungi En. Amar Adli / En. Sabri di talian 03-27722500 bagi Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur dan En. Muhammad Farid di talian 07-5212000 bagi Pusat Pembelajaran Johor Bahru.

Sekian.

JUALAN PELEKAT KENDERAAN MAHASISWA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM SESI 2014/2015


18/9/2014 Daripada: zaini

LARANGAN MEROKOK DALAM KAWASAN KAMPUS UTM


18/9/2014 Daripada: zaini

PENGGANTIAN KELAS DIPLOMA (DPI) BAGI PUSAT PEMBELAJARAN KUALA LUMPUR SEM I SESI 2014/2015


11/9/2014 Daripada: farid
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Program Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) / DPI bagi pusat pembelajaran Kuala Lumpur, terdapat penggantian kuliah bagi kursus - kursus berikut :

DPI - Seksyen 2 :
Kursus          : DLQ3622 - Ayat Hadis Wa Ahkam
Pensyarah    : PM Dr. Ramli bin Awang (019-7352807)
Tarikh Batal  : 14 Sept 2014 (Sabtu)
Tarikh Ganti  : 21 Sept 2014 (Ahad)

Kursus          : DLQ2313 - Fiqh Islam II
Pensyarah    : Mohd Nasir bin Ripin (019-7355279)
Tarikh Batal  : 20 Julai 2014 (Ahad)
Tarikh Ganti  : 14 Sept 2014 (Ahad)

Kursus          : DLQ2313 - Fiqh Islam II
Pensyarah    : Mohd Nasir bin Ripin (019-7355279)
Tarikh Batal  : 19 Julai 2014 (Sabtu)
Tarikh Ganti  : 20 Sept 2014 (Sabtu)

DPI - Seksyen 3 :
Kursus          : DLQ3223 - Qawaid Lughah Arabiyyah III
Pensyarah    : Ustaz Zulkiflee bin Haron (019-7909546)
Tarikh Batal  : 02 Ogos 2014 (Sabtu)
Tarikh Ganti : 20 Sept 2014 (Sabtu)

Sekian, Harap Maklum.

Maklumat Bilik Kuliah Program Diploma Semester I Sesi 2014/2015


12/6/2014 Daripada: izwanismail
Adalah dimaklumkan bahawa Maklumat Bilik Kuliah Program Diploma Semester I Sesi 2014/2015 telah dikemaskini seperti dibawah:

KLIK DISINI - DDC/DDPC
KLIK DISINI - DDW/DDG
KLIK DISINI - DPI

Harap maklum.
Sekian Terima kasih.