Pengumuman

PENUTUPAN PERKHIDMATAN KAUNTER UTMSPACE JOHOR BAHRU


21/10/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan bahawa sempena sambutan Deepavali pada 22 Oktober 2014 (Rabu), Perkhidmatan Kaunter Utama UTMSPACE - Pusat Pembelajaran Johor Bahru akan DITUTUP pada hari tersebut.

Perkhidmatan kaunter akan dibuka semula pada 23 Oktober 2014 (Khamis).

Sekian, harap maklum.

SELAMAT TAHUN BAHARU 1436H


21/10/2014 Daripada: zaini

हैप्पी दिवाली (Happy Diwali)


21/10/2014 Daripada: zaini

BORANG PENGESAHAN PELAJAR (untuk urusan kewangan sahaja)


21/10/2014 Daripada: zaini
Dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan UTMSPACE telah mengemaskini Borang Pengesahan Pelajar (bagi segal urusan yang berkaitan kewangan) dalam BAHAGIAN BORANG dalam web ini.

BORANG PENGESAHAN PELAJAR (untuk urusan kewangan sahaja) <Klik Disini>



Sekian, terima kasih.

ADUAN & MAKLUM BALAS MELALUI SMS


21/10/2014 Daripada: zaini

TAHNIAH KEPADA GRADUAN PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM


21/10/2014 Daripada: zaini

SENARAI BILIK KULIAH PROG.IJZH SARJ. MUDA ( 18 OKT. & 19 OKT. 2014) SEM. I SESI 2014/2015 - K.L


17/10/2014 Daripada: furizan
Adalah dimaklumkan, sila semak Senarai Bilik Kuliah Ijazah Sarjana Muda Sem.1 Sesi 2014/2015 bagi Pusat K.L diruangan MUAT TURUN (JADUAL KULIAH) atau :

KLIK DISINI (kemaskini : 17/10/2014)- 3.00 pm
PETA LOKASI PUSAT PEMBELAJARAN UTMSPACE (PPSM) - KL

PETA LOKASI KOLEJ GEOMATIKA,SETIAWANGSA

Kuliah bagi Program Diploma akan diadakan di :
i)   UTM KL, Jln Semarak
ii)  Bangunan UTMSPACE,Jln Semarak
iii) Kolej Multimedia, Jln Semarak
iv) Kolej Geomatika,Setiawangsa

PERHATIAN:
- Mahasiswa DIWAJIBKAN memakai KAD MATRIK dan melekatkan PELEKAT KENDERAAN UTM bagi meletak kenderaan di kawasan UTMKL,Jln Semarak dan PELEKAT KENDERAAN UTMSPACE bagi meletak kenderaan di kawasan Bangunan UTMSPACE,Jln Tun Razak. Mahasiswa yang gagal mengikut arahan dan peraturan tersebut TIDAK DIBENARKAN masuk.

PERTUKARAN BILIK KULIAH SPM1002 (FP) - PUSAT JB


16/10/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Pendidikan, terdapat pertukaran bilik kuliah bagi kursus SPM1002 - Teknologi Pengajaran & Pembelajaran di pusat Johor Bahru. Maklumat perubahan adalah seperti berikut :

Pusat : Johor Bahru
Kod Kursus : SPM1002 - Teknologi Pengajaran & Pembelajaran
Bilik Kuliah Asal : Bilik Kuliah 3, 01-03-03, T07, Fakulti Tamadun Islam
Bilik Kuliah Baru : Bilik Kuliah 1, C13-112, Fakulti Pendidikan


Sekian, harap maklum.

PAKEJ PROMOSI GAMBAR GRADUASI SPACE VECTOR STUDIO


16/10/2014 Daripada: azizi
Abadikan detik kejayaan bersama SPACE VECTOR STUDIO.
Kami menawarkan Pakej berbaloi bagi mengambil Gambar Konvokesyen anda di dalam studio. Rakamkan detik-detik berharga anda!

Pakej A :
Gambar 8 R                                                                     : RM 50

Pakej B :
Gambar 8R (1 Frame + Laminate Texture)              : RM 70

Pakej C :
Gambar 12R (1 Frame+ Laminate Texture)             : RM 100

Pakej D :
Gambar 8R & 12R (2 Frame + Laminate Texture)   : RM 150




Promosi berakhir pada 31 Disember 2014.

Sekian, harap maklum.

PERMOHONAN PEPERIKSAAN KHAS - SEM.III SESI 2013/2014


14/10/2014 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa bagi program Ijazah Sarjana Muda, sila semak Permohonan Peperiksaan Khas bagi Semester III, Sesi 2013/2014.

SENARAI PERMOHONAN PEPERIKSAAN KHAS,
SEMESTER III, SESI 2013/2014


Status permohonan akan di maklumkan selepas 26 Oktober 2014.

Sekian, harap maklum.

PEMBATALAN KULIAH SGHL4293 (FGHT) - PUSAT KL


9/10/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah bahawa kuliah bagi kursus SGHL4293 - UNDANG-UNDANG PEMBANGUNAN PERUMAHAN pada tarikh 11 Oktober 2014 (Sabtu) di pusat pembelajaran Kuala Lumpur adalah DIBATALKAN. Maklumat kursus adalah seperti di bawah :

Kuliah Batal
Pusat pembelajaran : Kuala Lumpur
Kursus : SGHL4293 - UNDANG-UNDANG PEMBANGUNAN PERUMAHAN (FGHT)
Tarikh   : 11 Oktober 2014 (Sabtu)
Nama Pensyarah : Dr. Khadijah Bt. Hussin


Kuliah Gantian :
 Akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-53 UTM


8/10/2014 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Ke-53, Universiti Teknologi Malaysia akan berlangsung pada 1 - 3 November 2014.

Untuk makluman kepada semua graduan, surat jemputan kepada semua graduan telah mula diedarkan pada 1 Oktober 2014 secara berperingkat oleh Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia.

Sila klik  untuk maklumat SENARAI GRADUAN dan JADUAL SESI PENGANUGERAHAN sempena Majlis Konvokesyen ke-53 UTM yang perlu diambil perhatian oleh semua graduan. Atau layari : http://www.utm.my/convocation2014/ untuk maklumat konvokesyen.

PERINGATAN kepada semua graduan DIWAJIBKAN mengisi Kajian Pengesanan Graduat IPTA 2014 secara atas talian (online) di laman web http://graduan.moe.gov.my/ . Sistem telah dibuka mulai 7 Oktober hingga 20 November 2014. Saudara dikehendaki mencetak Slip Kajian Pengesanan Graduan sebagai bukti. Jubah Konvokesyen tidak akan diserahkan kepada graduan yang gagal mengisi kajian ini. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 07-5530459/30324.

Sekian.

PERTUKARAN PENYELIA KURSUS LATIHAN ILMIAH & PRAKTIKUM - FAK. PENGURUSAN


7/10/2014 Daripada: azizi
Perhatian kepada mahasisiwa Fakulti Pengurusan yang mendaftar kursus SHD 3813/SHP 3353 - LATIHAN ILMIAH atau SHP 3303 - PRATIKUM dibawah penyeliaan Dr. Siti Fatimah bt. Bahari. Mohon untuk menukar penyelia kepada pensyarah-pensyarah seperti berikut :

Nama: Dr. Mohd. Koharuddin bin Mohd Balwi
No. Tel: 019-7772791
Emai: koharuddinbalwi@yahoo.com

Nama: Dr. Kassim bin Thukiman
No. Tel: 013-7701662 
Email: tkassim@gmail.com


Perubahan penyelia perlu di maklumkan kepada Penyelaras Latihan Ilmiah dan Praktikum iaitu En. Muhd. Sharil bin Bakri melalui email jokerface70@yahoo.com. Mahasiswa boleh terus berhubung secara langsung dengan Penyelia yang baru.

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN KULIAH GANTI FKE - PUSAT JB


2/10/2014 Daripada: izwanismail
Makluman pembatalan kuliah bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) Pusat JB. Maklumat adalah seperti berikut:-

Maklumat kuliah ganti klik disini.

Sekian harap maklum.

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015 - PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR BAHRU


30/9/2014 Daripada: farid
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa Program Diploma bagi Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Peperiksaan Akhir Program Diploma akan bermula pada 29 September - 19 Oktober 2014. Sehubungan dengan itu, mahasiswa boleh melihat jadual tersebut diruangan Peperiksaan atau sila klik link dibawah :

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEM I SESI 2014/2015 BAGI PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR BAHRU

Sebarang permasalahan mengenai Peperiksaan Akhir Program Diploma boleh menghubungi Pn. Norulhuda binti Zakaria (Eksekutif Kanan SPA) ditalian 07 - 521 8155 atau En. Muhammad Farid bin Hairuzaman (Kerani SPA) ditalian 07 - 521 8139.

Sekian, terima kasih

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015 - MUKTAMAD 3


30/9/2014 Daripada: farid
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa Program Diploma (semua Program PPD), Peperiksaan Akhir Program Diploma akan bermula pada 29 September - 19 Oktober 2014. Sehubungan dengan itu, mahasiswa boleh melihat jadual tersebut diruangan Peperiksaan atau sila klik link dibawah :

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015 - MUKTAMAD 3


Perhatian kepada mahasiswa yang mendaftar kursus DDS3022 - Matematik V  dan DDK3623 - Elektrik Kuasa, terdapat perubahan tarikh dan masa bagi kursus tersebut. Perubahan tersebut boleh disemak di ruangan Peperiksaan atau klik link yang telah disediakan.

Sebarang permasalahan mengenai peperiksaan boleh menghubungi En. Amar Adli / En. Sabri di talian 03-27722500 bagi Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur dan En. Muhammad Farid di talian 07-5212000 bagi Pusat Pembelajaran Johor Bahru.

Sekian.

PEMBATALAN PENAWARAN KURSUS SEM.I SESI 2014/2015 - PROG. SARJANA MUDA


29/9/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan kepada mahasiswa Program Sarjana Muda, berikut adalah senarai penawaran kursus semester I sesi 2014/2015 yang DIBATALKAN :

KLIK DISINI

Sekian, harap maklum.

SIJIL KEPUJIAN DEKAN SEMESTER II, SESI 2013/2014


25/9/2014 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa yang mendapat PNGK 3.50 dan ke atas pada Semester II, Sesi 2013/2014, Sijil Kepujian Dekan bagi mahasiswa yang layak telah pun mula diposkan pada 25 September 2014 (mahasiswa selain JB dan KL).

Kepada mahasiswa pusat pembelajaran Johor Bahru, Sijil Kepujian Dekan boleh mula diambil di Kaunter UTMSPACE mulai 26 September hingga 25 Oktober 2013. Manakala bagi pusat pembelajaran Kuala Lumpur, Sila Kepujian Dekan boleh mula diambil di Kaunter UTMSPACE mulai 29 September 2014 hingga 2 Oktober 2014.

Sijil Kepujian Dekan bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam akan diberikan kemudian.

Sekian, harap maklum.

PEMBETULAN PERKARA PENTING MAHASISWA SEM.I SESI 2014/2015 - PROGRAM SARJANA MUDA


25/9/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan kepada mahasiswa Program Sarjana Muda, terdapat pembetulan bagi Perkara Penting Mahasiswa Semester I Sesi 2014/2015 iaitu tempoh pembayaran III bermula 10 November 2014 hingga 7 Disember 2014.

Sila rujuk Perkara Penting Semester I Sesi 2014/2015 (Sarjana Muda) di ruangan Menu Utama atau klik DISINI.

Sekian, harap maklum.

ANUGERAH DEKAN DAN HADIAH UTMSPACE SEMPENA KONVOKESYEN KE-53 UTM


23/9/2014 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada Graduan Program Sarjana Muda dan Diploma, pihak UTMSPACE menyediakan Hadiah Khas (Kategori Veteran, Suami-Isteri, Golongan Istimewa & Adik-Beradik/Kembar) yang akan disampaikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE sempena Majlis Konvokesyen Ke-53 UTM.

Kepada Graduan Program Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian pada Semester II Sesi 2013/2014 manakala bagi Graduan Program Diploma yang telah menamatkan pengajian pada Semester II dan Semester III Sesi 2013/2014, sekiranya saudara tergolong dalam kategori ini tetapi nama tiada dalam senarai, sila maklumkan kepada pihak UTMSPACE (Seksyen Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) di talian 07-521 8139/ 5178 / shema@utmspace.edu.my selewat-lewatnya 30 September 2014. Senarai penerima adalah seperti berikut :

1) PENERIMA HADIAH KHAS UTMSPACE
2) PENERIMA HADIAH AKADEMIK UTMSPACE
3) PENERIMA ANUGERAH DEKAN 

Sekian, harap maklum..

MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PROGRAM DIPLOMA BAGI SEMESTER II, SESI 2014/2015


22/9/2014 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran kursus program Diploma bagi Semester II, Sesi 2014/2015 bermula dari 22 September 2014 hingga 19 Oktober 2014. Manakala pendaftaran kursus Berdenda adalah dari 20 Oktober 2014 hingga 2 November 2014. Pendaftaran kursus adalah secara 'online' di Sistem Maklumat Pelajar.

Kepada mahasiswa yang mempunyai tunggakan yuran melebihi RM 700.00 adalah dinasihatkan untuk menjelaskan tunggakan yang ada supaya tidak timbul masalah ketika hendak mendaftar kursus secara online.

Perhatian kepada semua mahasiswa yang ingin membuat permohonan pengecualian kredit, mahasiswa DINASIHATKAN membawa bersama salinan transkrip (telah disahkan) pada sesi khidmat nasihat yang akan diadakan pada :

PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA LUMPUR
TARIKH : 27 SEPTEMBER 2014 (SABTU)
MASA : 9.00 PG - 4.00 PTG (1.00 PTG – 2.00 PTG REHAT)
TEMPAT : BILIK KULIAH H106, UTM KL, JLN SEMARAK.


PERKARA PENTING
PROGRAM : DIPLOMA
SEM.II SESI 2014/2015


Sekian, harap maklum.

PERCETAKAN SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015


22/9/2014 Daripada: farid
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa Program Diploma, mahasiswa tidak digalakkan mencetak slip menduduki peperiksaan sebelum atau pada 24 September 2014 bagi mengelakkan sebarang perubahan tarikh dan masa peperiksaan.

Sebarang permasalahan mengenai peperiksaan boleh menghubungi En. Amar Adli / En. Sabri di talian 03-27722500 bagi Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur dan En. Muhammad Farid di talian 07-5212000 bagi Pusat Pembelajaran Johor Bahru.

Sekian, terima kasih.

BILIK KULIAH PROGRAM SPI SEM.I SESI 2014/2015 - PUSAT JB


21/9/2014 Daripada: azizi
Dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Tamadun Islam, mulai 26 September 2014 semua kuliah bagi program SPI di pusat Johor Bahru akan dijalankan di blok T07, Fakulti Tamadun Islam kecuali kursus SPM1012-Telekomunikasi & Rangkaian yang diadakan di Fakulti Pendidikan (Makmal Interaktif blok C14).

Sekian, harap maklum.

PERINGATAN BERKAITAN PEPERIKSAAN MUET


18/9/2014 Daripada: azizi
PERINGATAN kepada mahasiswa Program Sarjana Muda Separuh Masa, supaya mengambil peperiksaan MUET sebelum bergraduan khususnya kepada mahasiswa di tahun akhir pengajian. Berikut adalah pekeliling yang berkaitan :

PEKELILING MAHASISWA Bil.5/2012: PERINGATAN BERKAITAN MUET BAGI MAHASISWA PROGRAM SARJANA MUDA, PENGAJIAN SEPARUH MASA.

LAMAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (KLIK DISINI)

Kepada mahasiswa yang telah mengambil peperiksaan MUET, sila hantar salinan keputusan MUET ke pejabat UTMSPACE.

Sekian, harap maklum.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER : PROGRAM DIPLOMA - SEMESTER 1 2014/2015


18/9/2014 Daripada: zaini

EMSIS 2014 : Wacana Ilmu (Pusat Pembelajaran Johor Bahru)


18/9/2014 Daripada: zaini

PEMANSUHAN PEMBERIAN INSENTIF KEWANGAN PELAJAR / MAHASISWA CEMERLANG PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA


18/9/2014 Daripada: zaini

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA (DKK) SEMESTER I SESI 2014/2015 - MUKTAMAD


18/9/2014 Daripada: farid
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa Program Diploma (DKK), Peperiksaan Akhir Program Diploma akan bermula pada 29 September - 19 Oktober 2014. Sehubungan dengan itu, mahasiswa boleh melihat jadual tersebut diruangan Peperiksaan atau sila klik link dibawah :

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015 - DRAF PERTAMA.

Sebarang permasalahan mengenai peperiksaan boleh menghubungi En. Amar Adli / En. Sabri di talian 03-27722500 bagi Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur dan En. Muhammad Farid di talian 07-5212000 bagi Pusat Pembelajaran Johor Bahru.

Sekian.

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA (DPI) SEMESTER I SESI 2014/2015 - DRAF KEEMPAT


18/9/2014 Daripada: farid
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa Program Diploma (DPI), Peperiksaan Akhir Program Diploma akan bermula pada 29 September - 19 Oktober 2014. Sehubungan dengan itu, mahasiswa boleh melihat jadual tersebut diruangan Peperiksaan atau sila klik link dibawah :

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA SEMESTER I SESI 2014/2015 - DRAF KEEMPAT


Sebarang permasalahan mengenai peperiksaan boleh menghubungi En. Amar Adli / En. Sabri di talian 03-27722500 bagi Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur dan En. Muhammad Farid di talian 07-5212000 bagi Pusat Pembelajaran Johor Bahru.

Sekian.

JUALAN PELEKAT KENDERAAN MAHASISWA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM SESI 2014/2015


18/9/2014 Daripada: zaini

LARANGAN MEROKOK DALAM KAWASAN KAMPUS UTM


18/9/2014 Daripada: zaini